Tak salah sebenarnya untuk seorang lelaki menitiskan air mata. Biarkan sahaja air mata itu terus mengalir. Dengan harapan biar segala beban yang dipendam selama ini mengalir keluar sederas air mata itu.
Sudah lama rasanya saya tidak menangis dan saya akui saya bukanlah manusia yang senang untuk mengeluarkan air mata. Kata orang air mata seorang lelaki mahal harganya. Ego seorang lelaki juga membuatkan air matanya susah untuk mengalir. Mungkin selama ini saya merasakan segala beban dan masalah yang saya tanggung mampu untuk saya tanggung seorang diri. Saya silap. Sampai suatu masa saya tidak sanggup lagi menanggung beban dan ujian dari Maha Kuasa. Minggu lepas merupakan minggu perit bagi saya untuk melalui apa yang sudah saya lalui sebelum ini. Lari daripada masalah bukanlah jalan terbaik, tetapi jalan sementara.
Bila air mata itu tumpah saya langsung tidak mengendahkannya. Saya biarkan ia terus mengalir sepuas hati. Biar hilang segala derita hati, biar kosong jiwa dan sanubari kerana saya sudah tidak lagi mampu berlari apatah lagi menanggung masalah ini seorang diri. Air matalah penamat luka ini. Terima kasih kepada insan yang sanggup berkongsi cerita ini.
Hari ini saya berhadapan pula dengan situasi menyakitkan hati. Tak apa..biarkan sahaja ia berlalu pergi. Sampai suatu masa nanti segalanya akan terbukti..baru saya sadar..saya bukan siapa-siapa lagi.....
Posted by JoETOsZ Friday, February 12, 2010